Friday, July 16, 2010

Taktik Melayan Suami

Sebagai isteri anda boleh saja memberikan hadiah istimewa buat suami pada hari-hari anda bersamanya di ranjang. Tak perlu bersusah payah membeli, modalnya ada pada diri sendiri. Pergunakan sepenuhnya.

Sentuhan Lembut

Kelembutan sentuhan isteri menjadi dambaan setiap suami setiap kali melakukan hubungan seks. Kucupan yang lembut dan usapan yang halus menggunakan hujung jari mampu menggoda suami. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan dan pahanya

Belai Rambutnya

Suami sangat suka bila isteri membelai rambutnya. Apabila berbaring atau duduk bersama, jangan malu untuk membelai rambut suami. Belailah secara perlahan dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang leher.

Tatapan Mata Yang Mempersona

Menatap suami dengan pandangan yang menggoda dan penuh dengan kasih sayang sudah cukup menggambarkan perasaan isteri terhadap suami. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona.

Rambut Terurai

Apabila anda berada di atas tubuh suami, rambut anda yang terurai tadi akan menyapu lembut kulit suami lantas membangkitkan ghairah dan memberi sensasi yang diinginkan.

Rangsangan Dengan Bahagian Tubuh

Kulit bahagian dalam paha isteri dapat merangsang suami kerana ia lembut dan mempesonakan. Apatah lagi apabila disentuh, kesannya membuat isteri kegelian. Ini membuatkan lelaki merasa lebih ‘perkasa’.

Sentuhan di Puting

Suami juga akan terangsang dan berasa nikmat apabila bahagian ini disentuh. Usap dengan lembut dan mainkan dengan bibiranda yang hangat. Ia akan memberikan suami sensasi ghairah yang tidak terhingga.

Hadiah Sensasi

Bekas cakaran atau gigitan yang ditinggalkan isteri di tubuh suami akan menjadi hadiah yang dikenang oleh pasangan. Begitu juga pakaian dalam yang seksi yang ditinggalkan di tempat tidur, ia akan membangkitkan kembali keghairahannya.

Hembusan Nafas

Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas yang hangat akan merangsang suami. Sentuh bibir anda secara perlahan ke telinganya. Bunyi hembusan nafas anda yang hangat akan membuatkan si dia tidak sabar untuk mendakap anda.

Hindari Menyentuh Kelemahan Suami

Bagi mengelakkan hubungan intim menjadi kurang menyenangkan, jangan sentuh kelemahan yang ada pada tubuh suami. Tumpukan pada bahagian dadanya yang bidang, lengannya yang sasa atau bahagian lain yang menjadi kebanggaannya.

Beri Kejutan

Hadiah apatah lagi dengan sedikit kejutan sudah pasti akan memberi kesan yang menggembirakan. Jadi apa kata bahagiakan suami dengan memberi kejutan termasuklah membuat perubahan dari segi penampilan anda. Sesekali kenakan pakaian yang jarang dan menampakkan bahagian tubuh. Anda boleh juga memakai pakaian yang singkat dan seksi.

Sepantas Kilat

Tindakan anda yang agresif dan pantas juga boleh menjadi sesuatu kejutan yang amat disukai lelaki. Ia ibarat hadiah yang diinginkan berulang kali. Sesekali ambillah tindakan yang agak ‘liar’, kasar dengan menarik tangan suami ke bilik untuk adegan yang seterusnya. Ia pasti tidak akan dilupakan suami.

Suasana Romantis

Suasana romantis sebelum seks juga boleh menjadi hadiah yang sangat diinginkan oleh suami. Walaupun lelaki dilihat sebagai ‘gagah’ namun insan ini juga ada aspek romantisnya. Selain alunan lagu klasik yang mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan bau-bauan seperti minyak wangi, wangian aroma terapi, losen yang harum serta tidak ketinggalan suasana cahaya yang redup. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis untuk bersama suami.

No comments:

Post a Comment