Thursday, July 8, 2010

Kecundang Sebelum Isteri. Memalukan!!

Lelaki sebenarnya mengalami masalah cepat klimaks dan ia berlaku kerana lelaki terlalu gelojoh! Dalam keadaan demikian, lelaki hilang tumpuan dan daya kawalan maka ejakulasi cepat selain tidak mengikut kehendak lelaki serta pasangan.

Bayangkan lelaki berlumba lari dan pecut dengan cepat dari peringkat awal, sudah tentu ketika lelaki sampai ke pertengahan jalan daya dan tenaga seterusnya hilang kekuatan serta tidak dapat meneruskan larian.

Perkara yang sama berlaku ketika lelaki bersetubuh dengan pasangan. Lelaki mulakan adegan bersetubuh secara mendadak dan dalam keadaan yang amat cergas.

Sebahagian besar tenaga batin lelaki sudah lesap dan lelaki hilang daya tumpuan serta kekuatan. Akibatnya, lelaki semakin lemah dan tidak berdaya maka ejakulasi berlaku tanpa sedar atau terlepas!

Cuba lakukan adegan pemanasan tanpa tergesa-gesa memasukkan ereksi ke dalam faraj. Apabila perasaan teruja itu terkawal dan lelaki dapat mengawal kekuatan serta kepadatan ereksi dengan mengemut.

Selepas itu, lakukan tusukan dalam kawalan (kemut ketika menyalurkan ereksi) dan lakukan pula tusukan ringan tanpa mengeluarkan zakar dengan penghujung zakar di ruang dalam faraj.

Dengan cara demikian, penghujung zakar terhindar dari geselan yang mengancam. Lelaki boleh melebihkan geselan pangkal zakar ke pembukaan faraj yang mana bahagian itu yang paling padat.

Apabila lelaki sudah mula dapat mengawal sensasi penghujung zakar maka barulah lakukan tusukan mengancam dengan menjungkitkan ereksi ke atas supaya geselan ereksi terkena klitoris.

Selepas itu, barulah lelaki lakukan tusukan mengikut selera dan rentak gerakan pasangan. Lelaki boleh lakukan tusukan dengan mengemut supaya ereksi tetap padat ketika geselan sedang berlaku.

Dalam keadaan itu, jika ejakulasi berlaku, lelaki masih dapat mengekalkan ereksi seketika dengan meneruskan tusukan sehingga pasangan dapat kepuasan.

Kaedah itu dikenali sebagai ‘coital alignment’ dan lelaki perlu mempraktikkannya sehingga lelaki lancar.

Jika masih gagal dapatkan bantuan doktor untuk rawatan sewajarnya.

Kami ada cara lain yang dapat membantu mengelakkan lelaki daripada cepat tewas kepada pasangan. Klik untuk terus membaca

No comments:

Post a Comment