Thursday, July 8, 2010

Wanita dan Dara

Dara merujuk kepada wanita yang belum pernah bersetubuh, yang secara asanya dianggap sebagai masih mempunyai dara. Selaput dara pula adalah regangan daging nipis yang menutup sebahagian permukaan lubang faraj. Hilang dara pula digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada keadaan bila dara telah koyak. Ia juga adalah lambang kesucian wanita.

Sebagai lambang kesucian wanita, dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan, hanya akan diserahkan kepada suami tercinta untuk dipecahkan dengan senggama pertama.

Satu hal yang patut diketahui, selaput dara juga boleh koyak tanpa melakukan seks. Ada yang pecah dara kerana aktiviti lasak, terjatuh dan lain2. Ada juga wanita yang memang dilahirkan tanpa selaput dara.

Sewaktu pecah dara, darah akan keluar. Banyak atau sedikitnya darah bergantung kepada bentuk dara. Jika darah terlalu banyak, ia mungkin akan bercampur dengan air mazi. Jika darah terlalu sedikit, ia mungkin tidak dapat dilihat. Suami jangan menuduh melulu isteri anda jika tiada darah yang keluar sewaktu kali pertama senggama. Mungkin dara terkoyak sedikit sahaja atau mungkin suami sudah terpecahkan dara isteri tanpa disedari.

Sewaktu kali pertama pecah dara, isteri akan merasakan kesakitan yang amat sangat seperti ditusuk kayu yang berselumbar. Namun begitu, kesakitan itu cuma bersifat sebentar. Apabila rasa ghairah meningkat dan air mazi keluar lebih banyak, isteri akan mula merasa nikmat. Oleh itu, adalah penting bagi suami untuk merangsang isteri dengan betul supaya isteri tidak merasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

Pada zaman dahulu, suami akan dibekalkan dengan sehelai kain putih oleh ibu si isteri pada malam pertama mereka. Kain ini akan digunakan sebagai pelapik atau untuk mengesat kesan darah isteri. Kain ini kemudiannya akan diserahkan kepada ibu si isteri pada keesokan hari. Adanya darah pada kein putih tersebut melambangkan bahawa kedua suami isteri ini tidak mempunyai masalah. Zakar suami cukup keras untuk mengoyakkan selaput dara isteri manakala isteri Berjaya mempertahankan kesuciannya sehingga berkahwin.

Namun begitu, amalan seperti ini tidak lagi diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang.

No comments:

Post a Comment