Thursday, July 8, 2010

Apa itu Mikropenis?


Mikropenis adalah masalah merujuk kepada saiz zakar yang terlalu kecil sejak dilahirkan. Dalam banyak keadaan, ibu bapa tidak begitu peka dengan saiz zakar bayi kecuali zakar bermasalah seperti sakit atau tidak dapat kencing dengan sempurna.

Kes membabitkan mikropenis hanya dikesan selepas seseorang lelaki mencapai umur baligh. Peningkatan kes juga mula direkodkan pada peringkat usia ini.

ANTARA ubat dan alat yang dikataskan mampu mengubah saiz zakar yang boleh didapati di pasaran. Namun lelaki perlu berhati-hati jika mahu menggunakannya dan dinasihat berjumpa pakar jika mahu mengatasi masalah saiz zakar.

ANTARA ubat dan alat yang dikataskan mampu mengubah saiz zakar yang boleh didapati di pasaran. Namun lelaki perlu berhati-hati jika mahu menggunakannya dan dinasihat berjumpa pakar jika mahu mengatasi masalah saiz zakar.

Seseorang yang menghadapi masalah mikropenis akan menempuh proses baligh sama seperti remaja lain. Cuma bagi kumpulan yang menghadapi masalah ini, saiz zakar tidak berubah.

Mengikut istilah, mikropenis adalah keadaan di mana ukuran zakar adalah lebih dari 2.5 deviasi standard di bawah saiz zakar normal.

Di Asia, belum ada lagi kajian ukuran zakar boleh dijadikan panduan. Namun, tiga kajian seumpamanya sudah dikendalikan di negara Barat. Ukuran zakar yang dijadikan rujukan adalah seperti berikut:

Panjang purata ketika lembik dari 3.4 inci ke 3.7 inci (8.3 sentimeter ke 9.3 sm)

Panjang purata ketika keras dari 5.1 inci ke 5.7 inci (12.9 sm ke 14.5 sm)

Bagaimanapun, saudara perlu ingat ukuran ini adalah untuk lelaki Barat yang mempunyai saiz zakar yang berbeza dari orang Asia.

Mikropenis terjadi disebabkan masalah yang berlaku ketika janin. Ada dua punca utama iaitu kromosom dan hormon yang abnormal.

Seseorang yang mengalami mikropenis boleh menjalani hubungan seksual normal dan dapat memuaskan pasangan. Ini kerana hubungan seks bukan bergantung kepada saiz zakar semata-mata.

Kajian yang dilakukan di negara barat menunjukkan 75 peratus dari lelaki yang mengalami masalah mikropenis dapat menjalani hubungan seks secara normal. Mereka juga dapat memuaskan pasangan. Seseorang yang mengalami masalah mikropenis juga boleh mendapat zuriat sama seperti lelaki lain.

Kebanyakan lelaki menganggap saiz zakar paling penting dalam hubungan seks. Kebanyakan lelaki menganggap saiz zakar mereka adalah kecil jika dibandingkan dengan rakan yang lain.

Sebenarnya, tanggapan itu salah kerana kepuasan dalam hubungan jenis bukan saja bergantung kepada saiz zakar. Hubungan seks yang hebat boleh berlaku tanpa menggunakan zakar.

Jika saudara mempunyai mikropenis sekalipun, sebaik-baik rawatan adalah dengan menerima keadaan saudara. Anda perlu yakin dengan saiz zakar dan mampu untuk menjalani kehidupan seks secara normal.

Ini kerana rawatan mengatasi keadaan mikropenis iaitu melalui pemberian hormon membesarkan saiz zakar perlu bermula ketika lelaki masih kanak-kanak dan hampir baligh.

Ada juga rawatan secara pembedahan boleh dilakukan untuk membesarkan zakar. Namun, rawatan secara pembedahan ini mempunyai pelbagai masalah tersendiri dan tidak memberi hasil yang baik dari aspek kepuasan.

ref : Berita Harian


No comments:

Post a Comment